Majlis Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-73, sidang ke-14.
December 13, 2010 in Fotografi, Kejuruteraan Mekanikal
Dah seminggu pun berlalu Majlis Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-73, sidang ke-14. Akhirnya, dengan ini secara rasminya aku adalah pemegang sijil Diploma Kejuruteraan Mekanikal, UiTM. InsyaAllah 2.5 tahun lagi bakal bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda pulak dengan izin-Nya. Tak banyak yang aku nak ceritakan berkenaan majlis ni. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Majlis dijalankan di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam pada hari Sabtu, 12 tengah hari – 6 petang. Dan nombor giliran aku ialah 953! Ye betul, tak tipu. Memang 953. Konvo sekali dengan budak-budak civil engineering.
Pertama sekali setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua ahli keluarga yang hadir yang mana mereka lah yang menjadi tunggak untuk aku terus berdiri teguh di landasan kehidupan ni. Tanpa mereka, mungkin aku berbeza sama sekali dengan aku yang hari ini. Paham tak ayat aku? Maksudnya, kalau takda diorang ni, mungkin aku sekarang ni dah tah ke mana-mana lah masa depan nya. Haa lebih kurang macam tu la. Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada adik beradik NAZA (angah, achik, kakak dan abg boy). Seterusnya, kepada ibu zai, kak dah, faiqah, mak anjang, pak anjang, shazny dan tak lupa kepada Pak Man, cik ros, dan pakcik Hassan. Kehadiran anda semua cukup menghavockan suasana, dan masa yang anda luangkan amat dihargai.
Tahniah juga diucapkan kepada semua kawan-kawan yang turut bersama-sama diraikan pada majlis konvokesyen ni. Terutama sekali kepada kawan-kawan yang sama-sama susah senang masa diploma dulu. Sama-sama kena marah, sama-sama ponteng kelas, sama-sama tidur kat surau, sama-sama study kat library, sama-sama buat project, sama-sama pergi makan, sama-sama assignment tak diterima, sama-sama belajar, sama-sama hang out, sama-sama jelajah dari Penang ke Ipoh pergi Lost World, sama-sama industri visit, sama-sama trip kelas, dan lain-lain. Tahniah Roha, Liza, Aini, Tikah, Ilham, dan ramai lagi. Panjang umur, kita konvo sama-sama lagi nanti.
Sekarang, seperti yang sedia maklum, perjuangan kita di peringkat Ijazah dah pun bermula. Heh, result final baru-baru ni pun dah keluar dah kan minggu lepas. Sekaligus aku mengambil kesempatan untuk ucapkan tahniah kepada kawan-kawan yang lulus semua subjek. Pada pendapat aku, bagi budak mekanikal ni…lulus semua subjek pun dah alhamdulillah syukur. Kalau dapat anugerah dekan tu, memang 1 bonus lah. Kepada yang sebaliknya, harap korang semua tak berputus asa. Perjalanan kita semua masih jauh. Syukur result aku sem ni terlebih-lebih target. Tapi tak dekan lah. Usaha masih tak cukup. Ehehi. Apa-apapun masih belum terlambat untuk dapatkan Ijazah Kelas Pertama. Kepada yang dapat Dean List, aku doakan korang semua dapat Anugerah Naib Canselor pulak. Aminnnnn… Tanpa keberanian mimpi takkan bermakna bak kata member aku sorang ni..
Kita akhiri entri hari ni dengan gambar konvo aku di uitm EHEHI! Credit kepada fotografer jemputan. Anda tau siapa anda. ngeh3
















pergh gila banyak amek gamba weh..haha..amek shari sebelum ke masa hari konvo tu?
neway tahniah untuk semua graduan…buku diploma sudah ditutup..buku ijazah pulak sedang dikarang..
insyaAllah akan naik ke pentas DSB sekali lagi dalam masa kurg 3 tahun..
best of luck for u azwa ^^
haha..ada lagi ni cuma tak upload je EHEHi.. semua pun ada, masa raptai, konvo, dan ahad masa pulang jubah tu..
insyaAllah
ada umur, konvo sekali kita nanti
wish u thousands of luck jugak
tahniah…. selamat datang ke dunia pekerjaan leps ni ye
tq donny
tapi belum dapat masuk ke alam kerjaya lagi..
hehe dalam proses nak mendapatkan segulung ijazah pulak
Tahniah!! Hehehe..
Terima kasih bro
Ehehi
Yuhuuu azwa… Tahniah ya!!
study hard 4 ijazah…InsyaAllah ^_^
thanks sis
appreciate it hehe
Tahniah Wawa… Moga terus berjaya di masa akan datang…
tq kak !! doakan saya dapat ijazah kelas pertama erh..hehe
pergh.. bestnya.. teringin nak sambung belajar lagi..
good luck untuk degree pula ye.. (^__^)
siyes aa memang besh!~
rasa tak sabar nk konvo degree pulak hehe
tq faarihin
Wah2..tahniah Azwa! Hehe..selamat datang ke kelab Mekanikal..hehe
Gud luck juga untuk degree..sama2 la kita buat degree ye..hehe
halamak big bro! hehe thanks banyak2..dah rasmi jadi budak mekanikal dah skg kuikui..
good luck degree!~ ada rezeki kita konvo sama taun hehehe
perggghhh budak pandai lawo lah masa konvo…best lah kau wa…weh FB ko da xde ke ape???
hahaha.. ayat kau tak menahan k! lepuk baru tau!
bdw, maceyyyy la puji hakhak..
siyes lah mmg besh!~ hehehe nt konvo korang bgtau aku lah.. meh aku tolong shoot gambar..hehehe
haha fb aku dah berkurun lah takde.. nape? rindu ke? ekeke mood belum dtg la nak main fb lagi.. dah dapat dgree 1st class nt baru aku bukak balik fb hahaha
congratulation dear!wah meriahnya hari tu, best kalau dapat join tapi masa tu maklang kat bandung la wawa. however maklang doakan perjalanan wawa selepas ini lebih mudah.
tq mak lang!!
its ok, hehe tp kalau mak lang join lagi meriah la
tq again.. doakan wawa dpt degree 1st class tau hehe
amin…:)
Best tu dah konvo.. lepas ni boleh tumpukan perhatian utk ijazah tu.. tahniah
terima kasih bro kulanz
siyes besh gila
berkobar2 nak habiskan degree ni hehe nak konvo sekali lagi..
Hahaha.bukan main havoc lagi kau bergambarrrr!
Congrates dear
:p hehehe bila lagi kan.. takut tak sempat pulak nak amek gambar konvo degree hehe
tq. congratessss gak
wah!! dah nak sambung degree dah? master dgn phd lak ble? hehe..
tengah sambung matdin.. master insyaAllah kalau takde aral terus sambung master after habis degree ni..