Hujan Batu

January 22, 2011 in Diari Hidupku, Peribadi

  • i

Aku  sekarang dah pun berada di dalam zon ketenangan dan keselesaan. Betul lah peribahasa melayu,

“hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri.”

-gambar kredit pakcik google-

Rasa macam dah berjaya membuang segala kekusutan yang ada dalam kepala. Bergerak dari Shah Alam semalam lebih kurang pukul 7 malam. Berpoya-poya kat setiap RnR yang ada semata-mata nak cari ATM Machine yang boleh berfungsi. Dalam pukul 11 malam selamat sampai depan rumah. Seronok tak terkata.

Duit dah masuk Jumaat lepas. Sesat barat mencari Maybank area Shah Alam. Alhamdulillah duit dah masuk. Dah nak habis dah pun. Haha Gila ke? Takde lah sampai dah nak abes. Tapi dah guna almost 50% lah. Duit spec aku yang dah berkurun order akhirnya baru minggu ni dapat amik, duit yuran pengajian semester ni lagi, duit sewa rumah untuk bulan depan, duit utiliti bulan ni, dan macam-macam lagi. Oh ye, aku dah tak sabar nak dapatkan flash SB600. Hehehe. Guna duit jugak tu. :D La ni anak sedara aku si luqfilhadi dah claim kereta control dia pulak.. Hahahaha alamatnya makan megi lagi la jawab nya aku lepas ni..

-gambar kredit kepada pakcik google lagi-

Padahal kerja kat Shah Alam melambak-lambak. Kena pikir tajuk project, design apa nak kena buat untuk project kali ni, lab report tak siap lagi, assignment math yang memang setia menanti tiap-tiap minggu, kena study untuk test yang tak lama je lagi…padahal sampai sekarang macam tak nampak je ada input masuk dalam kepala otak aku ni. Apo kono eh jang… boleh buat rileks pulak.. Mana pergi azam tahun baru??

Aku sekarang ni sebenarnya tak sabar-sabar nak buat latihan industri (LI). Tapi terlalu banyak industri yang ada dalam bidang aku ni. Haha. Ke mana lah hala tuju hidup aku ni? Pilihan pertama aku, of course oil and gas! Nak join industri ni pun bukan senang. Kena tough dan mahir fluid mechanics dan thermodynamics. Alalala sempat ke tak catch up semula ni. Risau pulak aku.. Masih setahun sebelum LI, tapi insyaAllah lah sempat.

Aku rasa takde masa nak pikir benda remeh temeh. Buat kusut otak je. By now, masa depan aku lagi penting. HAHA!~ Bila belajar bagus, kerja dah senang. Bila kerja senang, insyaAllah urusan lain pun dipermudahkan. InsyaAllah…

Selasa ni dah kena hujan emas semula. Alah malasnya nak balik Shah Alam..