My 2nd Semester in USA

January 7, 2011 in Kehidupan di Kampus, Kejuruteraan Mekanikal

  • i

Seminggu tak mengupdate.. Kesibukan melanda sejak-sejak masuk sem baru. Actually, not really busy lah. Penat je sebenarnya. Well, kali pertama duduk menyewa sejak berada di alam kampus kan. So far, alhamdulillah semua okeh. Housemate pun ok. Tak banyak kerenah dan cengkadak macam housemate kawan-kawan aku kat kondo kristal tu. Huhu. Dan aku menjadi pelajar yang sangat-sangat berwawasan sekarang. HAHA! Giler awal okeh pergi kampus. Orang lain baru nak siap2 pergi kelas, belum keluar lagi, aku dah siap breakfast dekat cafe fakulti. Mujurlah kelas 4 hari je seminggu.

Tak ada yang menarik pun untuk post kali ni. Tekak rasa tak sihat. Batuk sokmo. Sampai nak terkeluar-keluar anak tekak aku. Shah Alam dilanda hujan sentiasa. Sakit kepala pun makin menjadi-jadi. Harap-harap tak demam macam kat penang. HAHA. Aku kalau sekali demam, mmg payah lah jawab nya. Sebab jarang demam kan. So bila kena, paham-paham je lah. Entri kali cuma nak share berkenaan jadual aku sem ni dan pensyarah-penyarah terhebat di UiTM Shah Alam yang aku dapat sem ni. :)

Sem kedua bahagian ke-4  di uitm shah alam sebagai pelajar sarjana muda mekanikal. 7 subjek. 16 kredit hours. 3 Final Exam. Sem ni macam-macam jenis subjek ada. Still ada 2 subjek bahasa. Thank God sebab Japanese Language II still belajar dengan Aizah Sensei. Ehehi. Sumpah besh belajar dengan dia. Kalau dulu BJP Level 1 dia selalu belanja kuih breakfast sebab kelas awal pagi. Sem ni nampak gaya nya tak dapat lah breakfast free lagi sebab kelas BJP Level 2 petang jumaat pulak. Haha. Bukan besh sebab dia belanja makan okeh. Besh sebab dia kelakar. Benda serius pun aku rasa lawak.

Semester kali ni jugak ada 2 lab. 1 lab CAD, 1 lagi lab dynamic etc. Hmm.. So far lecturer CAD nampak macam okeh dan besh. Orang johor jugak. HEHE! Aku harap boleh skor lah untuk kedua-dua subjek ni. Cuma kena perform bagus lah untuk lab report, project dan presentation. OK, tu sebab pemilihan ahli group sangat penting bila kena kerjasama macam ni. Tambah-tambah pulak subjek mendesign ni, dan buat report. Kalau tak ye ye, memang susah. Jadi, kena pilih kawan yang kita boleh berkomunikasi dan bekerjasama dengan baik.

Dah lama tinggalkan CiTU, sem ni kena amek lagi subjek CiTU. Belajar pasal hubungan etnik. Subjek ni kira subjek wajib untuk semua student ipta dan ipts di malaysia. Belajar dengan Ustaz Shukran. Dia kelakar jugak. Tapi mungkin disebabkan aku ni memang jenis manusia tak minat sejarah dan membaca. So first class dia hari tu giler mengantuk. Melayang-layang kepala otak aku. Tengah duk melilau tu tetiba ustaz tu sebut nama aku. Ha amik kau! Tau apa dia tanya?

“Apa dia dasar kerajaan malaysia?”

HAHA! Memang aku taktau lah kan! Dah disebabkan taktau, aku pun cakap je lah taktau. Takde pun apa-apa idea yang terlintas dalam kepala aku masa tu sebab memang kosong otak. Mujur ustaz tu terima jawapan aku yang taktau tu. Ehehi! Ok, harap-harap kalau tak dapat skor A pun, skor B+ jadilah untuk subjek ni. Bila datang subjek membaca ni aku memang surrender awal-awal lah. Teringat subjek manufacture dulu. Nasib baik tak kena repeat weh!

Ha baru seminggu masuk kelas, kitorang dah ada assignment. Hehe. Subjek apa lagi kalau bukan math kan. Adoi… aku ingat kan dah tak payah lah amek lagi math, sekali sem ni ada lagi. Kalau sem lepas belajar further calculus, sem ni advanced differential pulak. So far ok lah kot.. Pn Normah ajar, aku taktau nak kategori kan samada dia yang ajar laju atau aku yang lembab. Tapi member2 aku kata dia ajar laju. Sampai ada yang nak tukar kelas. Tapi aku sayang nak tukar kelas sebab aku rasa dia kelakar dan comel. HAHAHA! Rasa macam belajar dengan mak sendiri je.

Last subjek yang aku amek sem ni, fluid mechanics II by IR Zainal Abidin. Hehe excited kau. Jarang jumpa lecturer nama zainal ni. Dia ni pun aku rasa besh. Well, first met with him hari tu kat kelas sebenarnya banyak yang dia cerita kan sedikit sebanyak memberi keyakinan untuk aku sambung ke major apa yang aku nak dan ke industri mana yang akan aku pergi. So far dalam kepala aku masih ada 3 pilihan. Cuma pilihan aku lebih kepada major yang satu ni. Tapi kalau nak ke bidang tu, aku kena fokus fluid mechanics dan thermodynamics la pulak kan. Hmm, i’ll try my besh lah.

Harap boleh skor dengan baik. Sikit je lagi jurang nak dapat kan first class degree. Mudah-mudahan  boleh mantain dan upkan cgpa. Hmm..

Aku rasa sem ni punya lecturer semua besh2. Terer gak aku susun group kan?HAHA