Blog Berwajah Baru :)

January 19, 2012 in Umum

Alhamdulillah akhirnya selesai jugak kerja mengedit edit template blog. Tak banyak sangat pun kena edit, sebab template kali ni tak macam template sebelum ni yang macam macam kerenah. So how was it? Nice tak? Hehehe. Anything boleh drop komen kat entri ni okay. Aku saje pilih purple jadi warna tema baru untuk blog nazaikha ni. Kenapa?? Saje. Tukar angin. Biar tenang sikit hati dan jiwa bila bukak blog ni. Tenang tak masuk blog aku? Tenang kan? haha good!~ So sekarang ni aku dah mula cuti semester.

Tamat sudah perjuangan semester lima. Ya Allah, besar dugaan semester ni. Tapi syukurlah semuanya berjaya dilalui walaupun macam nak menangis. HAHA!~ Final exam yang lepas? Hmmm.. aku ada 3 paper je pun. Tapi dia punya susah. Entahlah. Aku dah usaha sehabis baik. Apa pun keputusan esok kenalah redha. Doa dan tawakal je lah yang aku mampu buat sekarang ni. Kalau lulus, alhamdulillah. Kalau tak, kita cuba lagi semester depan. Alah, hal dunia apa nak dikejar sangat. Ayat sedapkan hati sendiri ni. Hehehe.

Aku sekarang di Bahau. Esok dah start kerja part time. Harap Allah mudahkanlah urusan aku. Kalau takde aral, duit gaji boleh lah buat beli gadjet baru. Hahaha. La ni aku masih survey lagi gadjet apa yang best. Hajat hati nak beli Samsung Tablet 7+. Siapa siapa yang ada pengalaman atau komen pasal gadjet ni boleh lah roger roger sikit kat aku. Haha. Okay aku sebenarnya memang dah jatuh hati dengan tablet 7 plus ni. What to do?

~gambar kredit pada pakcik google~