Kenapa Samsung GALAXY Tab 7.0Plus ?
January 23, 2012 in Pendapat, Review
Oh akhirnya aku punya masa untuk meng’update blog. Almaklumlah, sekarang ni sedang gigih mencari duit. Nak beli tablet lah katakan. hahaha. Sampai nak buka laptop pun tak berkesempatan. Entri kali ni aku nak bercerita pasal samsung tablet yang aku idam idamkan sangat ni. haha. Kenapa beriya sangat nak? Ha itulah yang kita nak tahu sekarang ni. Berapa banyak tablet yang ada dalam pasaran, tapi aku terjatuh hati pulak dengan tablet 7plus ni. Tulah masalahnya, bila dah terjatuh, sukar untuk aku bangun semula. Ewah!~ Mungkin kes yang sama jugak boleh berlaku bila aku jatuh dengan manusia? Ekeke. Memang dah jatuh pun.
Okay aku bukan nak cerita perihal aku sekarang ni. Kan tadi dah cakap nak cerita pasal samsung tablet 7plus kan. Lets proceed to the specification first.
Sebelum mula, nak diingatkan sebarang pandangan aku mengenai tablet ni adalah pendapat peribadi. Mohon jangan ada yang nak terasa terasa bagailah ye.
Specification:
Okay. Mula mula sekali kita pergi kepada platform dia. Yang mana dia mengguna android 3.2 Honeycomb sebagai OS. Tapi sekarang ni kalau tak silap dah ada android 4.0 which is also known as Ice Cream Sandwich. lulz. Okay pada aku, tak kisah lah OS apa sekali pun. Sebab bila kita dah jatuh hati ni, memang semuanya nampak baik dan bagus. Ye tak? Sama je macam tablet yang lain, Samsung Tablet 7.0 plus ni mampu menyapot gprs, edge, dan 3G.
Ya seterusnya kita pergi kepada sejauh mana bateri tablet ni mampu bertahan. Yang ni korang boleh baca kat atas tu kan. Takde lah lama mana. Samsung 8.9 dan iPad 2 lagi dahsyat diorang punya daya keupayaan bateri tu. Betul ke istilah yang aku guna ni?haha. tak kisah lah kan. Tapi dengan harga dia, pada pendapat aku berpatutan lah. Nak dibandingkan dengan handphone blackberry yang sama je lebih kurang mahal tapi kapasiti bateri tak jejak 1600mAh pun. Skrin dah lah lagi besar. Oh ya, sebelum terlupa. Samsung 7plus ni juga boleh digunakan untuk terima sms/call macam handphone lain jugak. Tapi kalau kau nak buat call, better pakai earphone lah ye. Idokler batak bebenor. hahaha. dan aku, mungkin akan menggunakan simkad digi broadband aku je kot. Baru lah puas hati, bayar bulan bulan online 24/7. Kalau nak ngadap laptop sokmo, alamatnya memang tak lah kan. Dengan cara ni, takdelah broadband aku asyik kena barred je. haha
okay then kita cerita pasal kamera dan video pulak. macam yang korang bole nampak kat atas tu. Resolusi dia untuk kamera belakang 3mp, dan secondary camera pulak 2mp. Nak dibandingkan dengan iPad 2, nampaknya samsung tablet 7plus ni adalah lebih bagus. ops. no offense okay. Dari sudut peribadi, aku rasa kamera ni tak ada apa sangat kot. Yelah, aku dah ada camera. Apa ada hal sangat? Lagipun, sebenarnya 3mp pun dah cukup memadai untuk kau dapatkan gambar yang menarik. Tapi takkan kau nak usung ke hulu ke hilir untuk capture moment2 yang best kan? Tak ke orang mengata pulak nanti? haha. yang video pulak. kamera aku juga boleh merakam secara HD
so i dont really mind at all.
Dari segi display, memang tak dinafikan Samsung Note lagi bagus, cantik menarik tertarik. Tapi apa nak dikata? Bila hati dah berkenan?hahaha. Rasanya tak banyak mampu aku kongsikan kat sini. Sebab bendanya pun belum ada depan mata kan. Jadi kalian, mohon doakan aku dapat komisen banyak banyak kerja bulan ni dan bulan depan. Ada rezeki, adalah tablet. Hehehe.
Oh mungkin ada yang tak faham kenapa aku beriya nak beli tablet. Well, for my personal opinion. Ia memudahkan. Aku pernah bermain main dengan tablet kengkawan. Dan ya, memang seronok dan mudah. Kau tak perlu ke hulu ke hilir bawa laptop. Cucuk broadband. Or whatsoever. Nak buat kerja senang, email, social network, dan apa saja. Even tengok movie pun boleh. Nak search apa sahaja pun mudah. Tak payah keluar laptop. Dan dengan laptop aku yang besar macam hape ni, haruslah aku punya angan angan untuk memiliki tablet. Ye dak? Kalau google via blackberry pun, kebarangkalian untuk mata kau bertambah rabun adalah tinggi. Hehehe. Bila hati dah nak, macam macam benda pun boleh jadi sebab. Oh ya, dan yang paling penting sekali. Jika aku travel ke mana mana, anytime, anywhere, i can update my blog via tablet. lulz.ringan dan nipis nak di bawa kemana mana. nak keep in touch dengan family member dan kawan kawan pun mudah. nak layan twitter apatah lagi? hehehe.
okay. ada apa apa nak tambah? silakan ke ruang komen dibawah. Terima kasih sudi membaca. Maaf kiranya post aku ni tak membantu anda yang mencari info di carian google. Spesifikasi di taja oleh website samsung. Boleh klik kalau nak tau lebih lanjut berkenaan dengan tablet pilihan hati ni.


i’m first..hehe
betul2, bila dh terjatuh memang susah nk bgn balik. terutama ngan manusia..alahai wa, makin jiwang skang =p
pasal kamera tu aku sokong, x kisah la bape mega pixel pn..hanset punya kualiti mana boleh lawan ngan kamera DCSL (betul ke aku eja) kau yg quality gila superb tu..hehe
Lepas ni bole la kau update blog slalu…Aku doakan rezeki kau bertamabh2…amin
yes you are. hehehe
hahahaha jiwang ye? jiwang tak ada makna namanya ni kakaka
errr.. by the way, supposed to be dslr hihi
aaaa good quality but lack of creativity pun tak guna liza oi..
its been a while since my last photography session
dah lama tak pegang camera
insyaAllah Allah murahkan rezeki aku dan kau
hehehe mudah mudahan..
kenapa tak cari tablet yang harganya separuh dari tab? Lebih kurang RM600 dengan specifikasi yang sama. cuma takble call/sms..
hai terima kasih singgah blog saya
oh. mungkin sebab tablet tu tak boleh buat call/sms kot. hehehe.
tapi boleh awak share dengan saya tak model yang awak cakap ni?
boleh lah saya survey sekali nanti. kalau berkesempatan saya up kan satu entri untuk model tu.
skrg nih sy tgh mgunakan samsung glxy tab 7.0…
mmg best sgt100X. ..=)
alhamdulillah
saya punnnnnn ehehi..
best kan..
AlhamduLiLah. ..smua tu rezeki dari ALLAH..=)
mcm mana cara aktif kan 3G kerrrr